1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan
itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia
menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun
semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang
kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan
kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau
tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang
dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah
perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana
terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum
tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah
indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
.
.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja
dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian
kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan
orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia
yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap
tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya
terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
.
.
4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik
itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan
dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu
bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha
untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang
ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan
daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan
azab YANG ESA.
.
.
5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk
kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi
apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah
sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi
seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada
yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya
mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih
tabah. Subhanallah.
.
.
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi
wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih
yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang
membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan
kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari
dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
.
.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya
berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah
dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang
dia sayang.
Wanita yang
cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan
kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak
pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
0 komentar:
Posting Komentar